ifilasaila wrote:Bila kak yantie nak buat ekspo kat kuantan ? Baru2 ni kami baru selesai buat ekspo makanan islam di tg karang, selangor dan insya4JJ1 akan sambung pula di area banting sblm puasa nanti...
boleh tengok berita ekspo di http://www.ikhwantoday.com/berita/index.php
Sekarang ni pun sedang berlangsung Karnival Gerak Usahawan di KDM Kuantan. Ianya anjuran PKNP. Saya masih lagi berhasrat utk menganjurkan karnival sendiri suatu hari nanti. Apapun saya perlu membina satu team terlebih dahulu bagi menjayakan program tersebut. kalau tak jadi ler macam kes yg lepas2. Hasrat tak kesampaian. Sekiranya GISB sudi menjalinkan kerjasama dengan kami di sini, amatlah dialu-alukan. Saya dah pun tengok berita ekspo tersebut. Menarik sekali. Jika diizinkan saya ingin menjadikan syarikat saya sepertimana syarikat GISB. GISB ada buat program mentor-mentee tak? Lagi satu macam mana nak jadi pengedar produk GISB? Kat Kuantan dah ada wakil jualan ke?














Sebenarnya saya sendiri pun tak berkesempatan nak berborak pasal investment. Tapi saya tengok ada jugak yg mengadakan sesi perbincangan dengan Rasdin pasal ni kat thread sana kan? Cuma ianya tidak semeriah BJ. Tapi takpelah, sekurang2 ada jugak yg mengikuti perkembangan thread Rasdin tu. Biasalah..... kata orang tak kenal maka tak cinta. Saya sendiripun kurang arif pasal investment ni.